Library Operating Hours for Friday, 19 April 2024 : 8.00AM - 6.00PM
Home

Links

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH
Posted on 20 November 2017 by Shahril Effendi Bin Ibrahim (Senior Librarian)
Abstract

Pendidikan prasekolah di Malaysia bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak
berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat,
menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk
meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif
pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia
untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak. Untuk memastikan
matlamat dan objektif tersebut tercapai, pentaksiran perlu dijalankan untuk menilai
perkembangan kanak-kanak dari semasa ke semasa dalam aspek-aspek yang dikenalpasti.
Pentaksiran yang dicadangkan adalah pentaksiran secara formatif dan autentik melalui
pengajaran dan pembelajaran harian


Copyright© Library, OUM 2013, All Rights Reserved
Latest updated: 23th July 2013

Get in touch with us