Library Operating Hours for Saturday, 2 May 2026 : 8.00AM - 5.00PM
Home

Links

Kontrak Sosial Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Lisan Tinjauan Terhadap Perspektif Pelajar
Posted on 02 June 2016 by Practical1 ()
Abstract

Generasi pascamerdeka rata-rata belum begitu memahami kontrak sosial yang merupakan permuaafakatan yang dibuat secara
bersama antara orang Melayu dengan bukan Melayu sebelum kemerdekaan. Permuafakatan ini adalah bagi menjamin
keharmonian dan perpaduan kaum yang melibatkan lima elemen utama yang kemudiannya dimasukkan ke dalam Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu. Perkara tersebut ialah Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,
hak keistimewaan Melayu dan bumiputera, kedudukan institusi raja dan kewarganegaraan mengikut prinsip jus soli. Walaupun
kontrak sosial ini telah diajarkan di sekolah melalui subjek Sejarah, Pengajian Am dan kursus Hubungan Etnik di universiti,
namun kebanyakan pelajar belajar hanya untuk mendapatkan gred yang baik, selepas selesai kursus semuanya ’lupa’. Oleh itu
tidak hairanlah mutakhir ini mereka begitu kritis dan semakin berani memperkatakannya secara terbuka melalui media massa.
Persoalan yang timbul ialah adakah kerana kejahilan mereka terhadap fakta sejarah, kejahilan mengenai kandungan
Perlembagaan atau pengaruh globalisasi yang mengglobalkan faham liberalisme dan faham kesaksamaan? Bertitik tolak daripada
persoalan ini kertas kerja ini akan meninjau persepsi pelajar terhadap kelima-lima elemen kontrak sosial dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P) lisan yang dipilih sebagai salah satu topik berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan. Dapatan mendapati
bahawa kebanyakan mereka bersetuju dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan/rasmi yang menjadi alat
perpaduan antara kaum. Oleh itu, strategi pengajaran berpusatkan pelajar mengikut teori konstruktivisme digunakan untuk
mendorong pelajar menggunakan minda secara aktif, kritis, kreatif dan inovatif. Dalam hal ini guru berperanan sebagai
perancang aktiviti, dan pemudah cara. Kaedah soal selidik dan temu bual digunakan dalam kajian ini dan pelajar di sebuah
universiti awam dijadikan sampel kajian.

Article Information
Database: 
ScienceDirect

Copyright© Library, OUM 2013, All Rights Reserved
Latest updated: 23th July 2013

Get in touch with us