Library Operating Hours for Monday, 23 December 2024 : 8.00AM - 6.00PM
Home

Links

Tahap kematangan e-pembelajaran:satu kajian di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Posted on 21 December 2011 by Shahril Effendi Bin Ibrahim (Senior Librarian)
Authorship Details
Muhammad Firdaus Che Radzi
Publication Details
Resource Type: 
Thesis
Publication Date: 
2008
Summary

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) adalah salah sebuah univerisiti yang menerapkan pembeiajaran dan pengajaran berkonsepkan sistem e-pembelajaran. Namun begitu, belum ada kajian terhadap tahap keberkesanan dan kemampuan sistem e-pembelajaran yang digunapakai dijalankan. Kajian dijalankan bertujuan mengenal pasti tahap kematangan e-pembelajaran di UTHM dari sudut pembangunan kandungan sistem e-pembelajaran berdasarkan Model Kematangan e-Pembelajaran (EMM) oleh Marshall (2007). Kajian yang menggunakan kaedah tinjauan ini telah dijalankan ke atas 30 orang ketua panel bidang, 33 orang pensyarah dan 30 orang ahli jawatankuasa e-pembelajaran di UTHM. Responden dipilih berdasarkan peranan masing-masing dalam amalan sistem e-pembelajaran di UTHM. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Dapatan kajian diperkukuhkan lagi melalui kaedah temu bual terhadap beberapa staf yang terlibat secara langsung dengan sistem epembelajaran di UTHM. Data kajian ini telah dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif (skor min) dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 12.0. Hasil kajian mendapati tahap sokongan kepada pensyarah, pengurusan sumber sistem e-pembelajaran dan tahap penggunaan piawaian e-pembelajaran berada pada tahap kurang matang.Manakala tahap perkaitan antara teknologi, pedagogi dan kandungan berada pada tahap yang tidak matang. Kesimpulannya, tahap kematangan e-pembelajaran dari sudut pembangunan kandungan e-pembelajaran di UTHM adalah berada pada tahap kurang matang. (Abstract by author)

Full Text Download Resource Type
External Link Thesis

Copyright© Library, OUM 2013, All Rights Reserved
Latest updated: 23th July 2013

Get in touch with us