Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kepada Semua Pelajar,
Adalah dimaklumkan bahawa Perpustakaan Digital Tan Sri Dr Abdullah Sanusi ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Penuh bermula pada 15hb Jun hingga 28hb Jun 2021.
Sehubungan itu perkhidmatan berikut ditangguhkan sepanjang tempoh PKP penuh seperti berikut:
1. Intralibrary Loan – Perkhidmatan pinjaman bagi buku yang diperlukan tiada dalam koleksi Pusat Pembelajaran OUM (perkhidmatan ini hanya kepada pelajar di luar Lembah Klang sahaja}.
2. Interlibrary Loan – Perkhidmatan pinjaman bagi buku yang diperlukan tiada dalam koleksi Perpustakaan OUM.
Sila layari portal perpustakaan untuk mengakses pangkalan data atas talian pada bila-bila masa.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak Perpustakaan Digital di emel library [at] oum [dot] edu [dot] my atau Whatsapp 0192600146.
Kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dihadapi.