Library Operating Hours for Monday, 29 April 2024 : 8.00AM - 6.00PM
Home

Links

Kaedah dan strategi pengajaran kanak-kanak berkeperluan khas
Posted on 12 June 2012 by Faridah Jumaatud-din (Librarian)

  • Author(s): Mohd Zuri Ghani, Aznan Che Ahmad
    Publisher: Penerbit Universiti Sains Malaysia
    ISBN: 9789838615181

    Insan istimewa yang lahir ke dunia ini ibarat sehelai kain putih. Walaupun kanak-kanak ini dilahirkan sebagai insan istimewa, namun mereka juga mempunyai hak untuk mendapat pendidikan yang sama seperti kanak-kanak normal yang lain. Justeru, guru, ibubapa dan masyarakat perlu memainkan peranan yang penting dalam melakar masa depan yang gemilang buat kanak-kanak ini. Kebolehan dan kemampuan mereka untuk menerima ilmu pengetahuan tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat. Malah masyarakat seharusnya memberi peluang kepada mereka untuk merasai proses pembelajaran yang berkesan agar mereka mampu berdikari dan menyumbang kepada masyarakat, bangsa dan negara pada masa hadapan. Berlandaskan tuntutan tersebut, maka buku Kaedah dan strategi pengajaran kanak-kanak berkeperluan khas ini membawa pembaca mengenali dan memahami kaedah dan strategi pengajaran yang berkesan untuk mendidik kanak-kanak keperluan khas yang mempunyai keperluan individu yang berbeza. Pelbagai kaedah pengajaran dan intervensi dikemukan di dalam buku ini bagi mengatasi masalah menyebut, mengeja, membaca dan mengira. Huraian yang ringkas, padat dan mudah difahami ditambah pula dengan contoh-contoh pengajaran dan pembelajaran yang relevan pada masa kini sudah pasti menjanjikan kepuasan kepada pembaca


Copyright© Library, OUM 2013, All Rights Reserved
Latest updated: 23th July 2013

Get in touch with us