-
Author(s): Kementerian Pelajaran Malaysia
Publisher: Kementerian Pelajaran Malaysia
ISBN:
View Full Text
Pelan Pembangunan Pendidikan ini telah dirangka bagi menghadapi cabaran abad ke-21 berasaskan dasar dan laporan terdahulu yang sangatbesar pengaruhnya. Pelan ini berfokuskan cara membangunkan dan meneruskan perkembangan, serta menambah baik sistem pendidikan secara berterusan. Bagi tujuan itu, Pelan Pembangunan Pendidikan dirangka berasaskan tiga objektif yang khusus seperti yang berikut:
1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem;
2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga tahun 2025; dan
3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan, termasuk perubahan utama dalam Kementerian Pelajaran Malaysia, yang membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi perkhidmatan awam.