Cinta sufi
Posted on 27 October 2011 by Faridah Jumaatud-din (Librarian)
PILU hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang. Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarkan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari ‘lelaki bertanduk dua.
Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.
Laksamana Sunan, Catalina dan Luna… bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi.